DUKUNG ANAK : LEBIH DARIPADA RUMPAI HUTAN HUJAN

oleh: Benjamin Drewe
Satu lagi herba tempatan yang sedang menjana minat di kalangan golongan saintifik ialah Dukung Anak (Phyllanthus Niruri atau P. amarus). Ditemui di serata hutan hujan basah Asia dan Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan salah satu daripada penawar herba paling berguna dan serba mujarab untuk melegakan sakit, membantu tubuh melawan demam sejuk dan selsema, menghapuskan batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu) serta mempercepat penyembuhan daripada hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Maka, herba ini kini digunakan untuk menangani beberapa masalah yang sukar dirawati dengan kaedah perubatan moden. Dukung Anak boleh tumbuh hingga mencapai 40 sm tinggi dan mudah dikenali daripada lenggainya yang kecil dan melanjut sepanjang sisi bawah daunnya. Rakyat Malaysia akan mengenalinya sebagai rumpai yang sering mereka dapati muncul dicelah-celah pokok berpasu sebagai tamu tak diundang di sekitar halaman rumah mereka.

Perlindungan Hati
Herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di China dan India, kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati) seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti. Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi Andrographis paniculata).

Anti-Hepatitis B
Pada lewat 1980-an, kalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus Hepatitis B, virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang memberangsangkan dalam menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk merawat Hepatitis B.

Batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu)
Di Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan penawar yang digunakan dengan paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai “Penghancur Batu”. Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan rakan-rakan), pati Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat (ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh menjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah 2 pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.

Antivirus
Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti antivirusnya merangkumi ‘virus kurang imun manusia’ (human immunodeficiency virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992 dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik BristolMyers Squibb telah mengasingkan kurang-kurangnya satu daripada juzuk (kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu sebatian unik yang mereka namakan “niruriside”. Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas.
Bagaimanapun, dalam bidang perubatan pencegahanlah barangkali herba seperti Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada pelbagai penyakit virus yang kita tidak mempunyai sebarang rawatan ortodoks untuk menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.

KEGUNAAN PHYLLANTHUS NIRURI/P. AMARUS DI SELURUH DUNIA
TEMPAT dan KEGUNAAN TRADISIONAL
Malaysia – Penyakit kulit, cirit birit, gatal, keguguran, masalah buah pinggang, gonorea, sifilis, kehuyungan, batuk, selepas keguguran
Jawa -batuk, gonorea, sakit perut
China – Hepatitis, jaundis (sakit kuning), konjunktivitis, cirit birit, jangkitan saluran kencing, penahanan air
India – Anemia, astma, bronkitis, batuk, disentri, gonorea, hepatitis, jaundis (sakit kuning), kehausan, tuberkulosis (batuk kering), ketumbuhan, diabetes (kencing manis), di sapu di kulit untuk kudis
Amazonia – Batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)
Kepulauan Bahama – Sakit perut, demam sejuk, sembelit, demam panas, selsema, demam kepialu, sebagai julap
Brazil – Sakit sendi, antikejang, pepundi kencing, sistitis, diabetes(kencing manis), demam panas, pepundi hempedu, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), hepatitis, penahanan air, hati, prostat
Haiti – Sakit perut, kembung, demam panas, malaria, masalah usus
Peru – Hepatitis, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang)
Kepulauan Mariana – Disentri, gatal, jangkitan faraj
Tempat-tempat lain – Jangkitan saluran kencing, diabetes (kencing manis), cirit birit, penahanan air, disentri, dispepsia, demam panas, batu karang (batu hempedu, batu buah pinggang), gonorea, malaria

Benjamin Drewe ialah seorang Pengamal Perubatan Herba.
Untuk maklumat selanjutnya, sila berhubung dengannya di
03-7847 1662, atau lawatilah http://www.rainforestherbs.com

This entry was posted in batu karang, herbs, weed. Bookmark the permalink.

2 Responses to DUKUNG ANAK : LEBIH DARIPADA RUMPAI HUTAN HUJAN

  1. bagaimanakah cara penggunaannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s