Resdung merupakan satu penyakit yang agak sinonim dengan orang Melayu kerana kaum itu sering dibelenggu dengan penyakit itu.
Perubatan moden menyifatkan resdung atau sinus sebagai radang atau jangkitan kuman dan alahan pada saluran pernafasan, telinga serta mulut.
Orang Melayu pula percaya ia berlaku akibat cara pemakanan terutama mereka yang selalu makan makanan laut dan belacan.
Resdung boleh membuatkan seseorang itu mempunyai nafas berbau, bersin, muka berjerawat, gatal atau bengkak di hidung, mulut dan telinga.
Simptom yang lebih teruk melibatkan nanah di telinga atau kecacatan pada hidung akibat kerosakan pada bahagian rongganya.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan resdung . Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan ‘resah hidung’ yang telah digabungkan. Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang menjadi alah kepada pelbagai agen persekitaran seperti habuk, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.
Tanda-Tanda Anda Terkena Penyakit Resdung.
- Hidung Gatal,
- Hidung Bengkak, Berair
- Hidung Sakit, Pedih dan berbau
- Pernafasan berbau busuk
- Sering Bersin apabila anda terkena sujuk, embun pagi dan malam
- Muka gatal-gatal merenyam
- Tidak tahan terkena cahaya matahari
- Resdung Mata pula, mata menjadi gatal, pedih, kelabu.
- Sering sakit kepala