Kunyit dan rawatan jerawat

Kadang kala liang pada kulit tersumbat dengan sel mati, minyak badan dan debu atau kotoran. Pengumpulan ini merangsangkan infeksi bakteria. Infeksi ini akan mengakibatkan radangan, bengkak dan nanah dalam liang kulit. Pemgumpulan dalam liang kulit ini ialah jerawat atau jerawat batu.

Anda boleh menghapuskan jerawat dengan mengawal pembiakan bakteria, mengurangkan radangan dan membersihkan pengumpulan kotoran dari liang kulit. Semua ini tidak mustahil jika anda sapukan bahan yang mempunyai sifat anti-bakteria, anti-radangan, antiseptik dan sifat soothing. Kunyit merupakan salah satu bahan yang mempunyai kesemua sifat tersebut. Oleh itu, tidak syak lagi kunyit baik untuk merawat jerawat.

Cara mengguna kunyit unutk rawatan jerawat.
Selain dari sifat yang disebut diatas , kunyit juga mempunyai sifat berikut : analgesik, anti-tumor, antioksiden, anti alergi, antispasmodik, astringen, menaikkan selera makan, karminatif, diuretik dan penghadaman. Oleh itu, jika anda guna kunyit dengan kerap, anda akan dapat banyak manfaat kesihatan, termasuk rawatan dan kawalan jerawat. Kunyit boleh disapu luaran atau pun dimakan. Jika diambil kedua-dua cara maka anda akan mendapat hasil yang sangat baik untuk rawatan jerawat. Ada beberapa cara untuk menggunakan kunyit, antaranya ialah

  1. Campurkan satu sudu teh serbuk kunyit ke dalam satu gelas susu suam. Kacau hingga rata dan minum sekali sehari, terbaik sebelum makan. Hasilnya sistem imun tubuh anda akan meningkat, dan badan anda kan lebih berkesan kelawan jangkitan bakteria, dan cepat menyembuhkan jerawat
  2. Untuk kegunaan luaran, campurkan satu sudu serbuk kunyit, satu sudu minyak kelapa dara dan satu sudu susu. Gaulkan sehingga rata, jika terlalu pekat tambah susu. Hasilnya haruslah sebatian yang pekat untuk disapukan pada muka atau badan anda. Sapukan sebatian ini pada muka atau badan anda dan biarkan selama 15 minit, kemudian basuhkan bagi membersihkan kulit dari campuran tadi. Guna banyak air. Lakukan satu hari sekali selama satu bulan. Cara ini juga akan mencerahkan kulit anda. Setelah jerawat anda hilang, anda boleh teruskan penggunaan maska ini untuk kulit yang licin, bersih dan cerah.
  3. Minyak infusi kunyit. Dalam botol kaca kecil masukkan minyak kelapa dara 50ml dan sedikit serbuk kunyit. Tutup botol dan goncang. Minyak akan tukar menjadi kekuningan. Biarkan semalaman dan kunyit akan mendap ke bawah. Guna minyak ini untuk disapukan ke muka setiap hari. Bancuhan ini hendaklah disediakan apabila hendak menggunanya sahaja dan boleh disimpan selama dua minggu, selepas itu buatlah bancuhan yang baru.
Jika tidak ada minyak kelapa dara, minyak zaitun boleh juga.

JANGAN SAPUKAN BAHAN PADA KULIT ANDA JIKA ANDA TAK BOLEH MAKANNYA.
DO NOT PUT ON YOUR SKIN WHAT YOU CANNOT EAT.

This entry was posted in bakteria, makanan, penawaralami. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s