Habatus Sauda penawar Kanser peparu

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).

Habbatussauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun.Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA.  Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black  Seed, Black Cumin ,Jintan hitam, Habbah Brakah .

Tanaman Habbatussauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm.Bercabang dan melingkar pada bahagian atas Memiliki dedaun dan  bunga warna putih kebiruan. Biji hitamnya agak kuat baunya.Menyengat hidung .Namun biji hitam ini mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia.Ia mampu  melawan serta mengusir virus.Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antarabangsa. Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatussauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik. kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk, jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatussauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatussauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatussauda berupaya memusnahkan sel sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.

Ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi penyakit.

Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk system kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.

Dengan meningkat fungsi system kekebalan tubuh, Habbatussauda berperanan penting dalam penyembuhan KANSER dan AIDS, dua penyakit yang paling digeruni.

Thymoquinone and pancreatic cancer treatment

Researchers at the Kimmel Cancer Center at Thomas Jefferson University in Philadelphia have found that thymoquinone, an extract of nigella sativa seed oil, blocked pancreatic cancer cell growth and killed the cells by enhancing the process of programmed cell death, (apoptosis). While the studies are in the early stages, the findings suggest that thymoquinone could eventually have some use as a preventative strategy in patients who have gone through surgery and chemotherapy or in individuals who are at a high risk of developing cancer.

“The seeds are also rich in sterols, especially beta-sitosterol, which is known to have anticarcinogenic activity.”

– Dr. Michael Tierra L.AC. O.M.D

Antara tips berkaitan batuk dan penyakit penafasan (bronchitis)

Cough and Asthma Mix a teaspoon of HS Oil in boiling water and inhale the vapors twice a day. Half a teaspoon (2.5 ml) of HS Oil mixed in a cup of warm water and a tablespoon of honey is also to be given twice daily in the morning and evening. Continue the treatment for 40 days

Dry Cough 2.5 ml HS Oil should be mixed in coffee and given twice a day before meals.

Posted in herbs, kanser, penawaralami | Tagged , , , | Leave a comment

Buah delima dan kanser

Pandagan phytokimia buah delima mempunyai kesan anti-kanser bukanlah fakta baru. Telah terbukti dari pelbagai penyelidikan lebih sedekad ini bahawa selain kebaikan kesihatan dari buah delima (seperti melegakan radangan dan mengurangkan risiko sakit jantung) boleh menahan dan/atau merawat kanser.

Antara sifat anti-kanser yang telah dikaji ialah kanser prostate dan kanser payudara.

Buah delima kaya dengan flavanoid dan bahan lain seperti gallocetechins, pelargonidin, sitosterol dan asid ellagik. Kebanyakan bahan-bahan ini adalah antioksidan polyphenol serupa dengan yang didapati dalam buah-bauhan lain berwarna ungu kemerahan. bahan yang menarik perhatian buah delima ini ialah asid ellagic yang mempunyai sifat anti-radangan, anti-microb dan anti-kanser.

Asid Ellagik, yang menhalang atau mengawal infeksi bakteria dan serangan virus, sebagai bahan ellagitannin. Kompaun ini juga boleh merwat salmodellosis kerana sifat antimikrobnya. Dalam kajian 2005 “anticancer Research” menunjukkan kesan mengawal sel kanser prostat, paydara dan kolon, dalam “World Journal of gastroenterology” juga menunjukkan kesan yang sama pada sel cancer pankreas.


Apa yang tercatat di atas adalah hasil kajian zaman famasitukal yang memerlukan pembuktian siantifik. Dari seerah lagi kita dapati buah delima ini telah digunakan sebagai penawar bermcam penyakit dan amat sesuai untuk kaum wanita. Mengapa kita mesti bergantung pada kajian dan pembuktian saindifik sahaja, bacalah buku perubatan kesihatan yang berdasarkan alam semula jadi. Industri farmesutikal ini timbul zaman penindustrialian , iaitu hanya duar ratus tahun. Komplot “Big Pharma” ini adalah untuk meraih keuntungan dengn menghasilkan ubat dadah yang boleh dipaten dan menjana kekayaan. Big Pharma tidak akan menykong bahan alami kerana tidak boleh dipaten untuk mendapat royalti kekayaan.

Mengapa pelu lalui kemoterapi ? Kemoterapi membunuh semua sel maka pesakit akan mengalami kesan sampingan yang sangat teruk. Rasullullah sendiri tidak menggalakkan peubatan yang ada memberi kesan sampingan. Oleh itu saya mengajak anda agar berubah dan kembali ke ciptaan Allah swt untuk memulihkan sakit kita.

Posted in kamser, makanan | Leave a comment

Kanser dan Susu Kambing

Susu kambing yang banyak khasiatnya antaranya dapat membantu pesakit kanser .  Berikut ada beberapa artikel dan testimoni yang menunjukkan kebaikan susu kambing.

http://inbalancemagazine.com/2011/09/25/cancer-positive-use-of-raw-goats-milk/
Cancer, Positive use of Raw Goat’s Milk
by Val Reynolds
Diagnosis kanser dan pemulihan Natalia Markelova, 49 tahun, menubuhkan dan memajukan ladang kambing belia di Togliatti, Russia, dan akhirnya beliau mendapat pengiktirafan negara sebagai usahawanita berjaya. Bermula dengan seekor kambing untuk mendapatkan susu kambing segar Natalia telah menyembuhkan kanser beliau dengan minum susu kambing segar, dan oleh sebab ingin berkongsi kejayaan pemulihan kesihatan beliau maka belaiu talah membuka ladang kambing agar lebih ramai orang dapat menikmati kesihatan.

http://countrywindsfarmllc.webs.com/apps/blog/show/3842000
Posted by John & Mary Windemuller
Kisah John yang telah di diagnose mengidap kanser. Beliau berhenti minum susu lembu dan tukar ke susu kambing segar. “Cancer thrives on acidity and cow is acidic. Cancer dies in alkaline and goat milk is alkaline. Humans are alkaline and we have to keep our alkaline PH balance normal to keep cancer from growing.”

http://breastcancernott.blogspot.com/2010/04/goats-milk-regenerating-cells-of-body.html
POSTED BY YATIBAHAR
Kisah anak penyakit Morquio dan wanita pesakit kanser payudara berjaya sihat semula dengan mengamalkan minum susu kambing.

http://educate-yourself.org/cancer/kellymetabolicdiet13dec02.shtml
Dr. Kelly’s Metabolic Cancer Cure Diet
dalam artikel ini menjelaskan dalam pemulihan dari rawatan kanser, fasa dua pengambil protein dinamakan susu kambing sebagai bahan makanan penting.

Percayalah susu kambing yang banyak khaisat dan bersifat alkali dapat membantu pesakit kanser untuk pulih sedia kala.

Produk ini boleh dibeli di penawaralami.com dengan harga potongan 30%.

Posted in kanker, kanser, makanan, penawaralami, testimoni | Tagged , | Leave a comment

Ulser Mulut

Ulser mulut sangat pedih rasanya. Ia akan timbul pada lidah, bibir , gusi dan dalam pipi, berbintik-bintik atau kluster. Biasany berwarna putih atau kekuningan dikelilingi kawasan merah-merahan. Kebiasaannya akan hilang dalam masa 7-10 hari. Ada tiga jenis ulser:

  • ulser minor
  • ulser besar
  • ulser herpetiform ( ulser kecil beratusan bintik)

Penyebab ulser mulut
– kekurangan nutrien seperti zat besi, vitamin terutamany B12 dan C.
– kesihatan dental yang rendah
– alahan makanan
– stress
– infeksi herpes simpleks
– tergigit
– ketidak seimbangan hormon
– penyakit lambungan
– penyakit kulit

Penawaralami untuk ulser mulut
Beberapa panduan (tip) berikut boleh diikuti untuk meredakan dan menyembuh penyakit ulser mulut. bahan-bahan yang disebut di bawah ini hendaklah diminum,tetapi sebelum telan ratakan di dalam mulut tempat-tempat yang ada bintik ulser

1) minyak kelapa dara (3 x sehari)
2) santan kelapa fresh , di campur dengan madu lebah
atau susu kambing dengan madu lebah
3) kunyah daun selasih
4) satu cawan daun halba direbus dalam air, kumuh air ini setelah suwam
5) air kunyit (antioksiden dan antiseptik)
6) bawang merah mentah kerana ia tinggi sulfur
7) bawang putih  (antioksiden dan antiseptik)
8) letakkan asam keping di tempat ulser

Praktikkan pemakanan sihat dengan mengambil makanantambahan

1) madu lebah (kaya mineral) dengan lemon (kaya vitamin C)
2) sayur hijau atau air chlorophyl (bersifat alkali)
3) buah-buahan berwarna ungu atau jus mangostyn, delima, riovida dan sebagainya
4) minum air banyak-banyak.

Elakkan  makanan berikut
1) susu lembu
2) semua produk soya
3) minyak sayuran seperti jagung, canola, sunflower, dan lain-lain.

Posted in penawaralami, virus infection | Tagged , , , , | Leave a comment

Kebaikan susu kambing berbanding susu lembu

Susu kambing lebih popular jika dibandingkan dengan susu lembu. 65% dari susu yang  diminum adalah dari susu kambing, dan kegemaran ini bukan hasil kempen dan promosi yang hebat.

“Susu tidak dijadikan sama” oleh Allah SWT. Setiap jenis susu ada kesesuaiannya
bagi makhluk tertentu. Jika dikaji dengan teliti akan lihat hubungkait antara
susu (sama ada lembu atau kambing) dengan tubuh manusia. Semua manusia dicipta
agar bergantung sepenuhnya pada susu ibu sekurang-kurangnya selama enam bulan
pertama. Tidak ada makanan lain di seluruh dunia ini lebih baik dari susu ibu.
Perkara ini telah terbukti sama ada di makmal atau di dunia harian. Selepas
beberapa bulan itu telah berlalu bagaimana cabaran masa depan ? Mengapa pilih
susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu yang lebih mudah diperolehi dan
hebat dipromosikan.

Berikut ada 5 sebab mengapa susu kambing lebih baik dari susu lembu.

1. Susu kambing kurang allegenik
Makanan utama kanak-kanak alah ialah susu lembu. Kesan sampingan termsuk
muntah, cirit birit, gatal kulit dan ada yang lebih teruk lagi seperti
anaphylactic shock! Perkara ini perlu diambil serious. Tindak balas alahan
adalah kesan dari protein allergen dikenali sebagai Alpha s1 Casein yang
terdapatdalam susu lembu. Tahap Alpha s1 Casein dalam sus kambing adalah 89%
kurang dari susu lembu, dengan lain perkataan kurang memberi kesan alahan.
Dalam satu kajin baru-baru ini telah didapati 93% kanak-kanak yang alah susu
lembu boleh minum susu kambing tanpa sebarang masalah.

2. Susu kambing homogenise semula jadi
Jika anda letakkan susu lembu segar dan susu kambing segar ke dalam gelas
berasingan dan letakkan di dalam peti sejuk, esok paginya anda akan dapati susu
kambing tidak berubah manakala susu lembu sudah berpisah dua iaitu krim di atas
dan susu skim di bahagian bawah. Ini adalah proses pemisahan semulajadi akibat
kompaun agglutinin dan ia selalu menyebabkan susu lembu berpisah. Konsumer
selalunya menghendaki produk yang kelihatan cantik, oleh itu industri makananan
tenusu telah menggunakan satu proses yang dinamakan homogenisasi. Kaedah ini
memaksa cecair melalui satu tekanan tinggi melalui lubang yang sangat kecil yang
merosakkan dinding sel globul lemak dan menghapuskan agglutinin yang menbiarkan
ia kelihatan cantik dan bercampur rata.

Masalahnya ialah proses homogenisasi merosakkan dinding sel globul lemak yang
pecah, ia akan melepaskan superoksid (radikal bebas) dikenalai sebagai Xanthine
Oxidase. Radikal bebas akan menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti
mutasi DNA yang kana membawa kepada kanser. oleh itu, khasiat homogenisasi
semula jadi sangat ketara. Susu kambing mempunyai globul lemak yang kecil dan
tidak ada agglutinin yang menyebabkan ia berkeadaan homogen lebih lama dan
menghapuskan bahaya kesan homogenasasi.

3. Susu kambing lebih mudah dihadam
Susu kambing mengandungi globul lemak lebih kecil dan lebih paras asid lemak
rantain sederhana. Ini bermakna semasa proses penghadaman, setiap globul lemak
dan asid lemak individu akan mempunayi nisbah permukaan-ke-isipadu yang lebih
besar mengakibatkan proses penghadaman yang lebih mudah dan berkesan. Juga
apabila protein dalam susu gumpal dalam perut, menghasilkan bolus yang lebih
lembut jika dibandingkan dengan hasil dari susu lembu. ini membenarkan badan
menghadam protein lebih lancar dan lengkap jika dibandingkan dengan susu lembu.

4. Susu kambing jarang menyebabkan ketidak toleransi laktosa
Semua susu mengandungi paras laktosa yang dipanggil ‘gula susu’. Ramai orang
kekurangan enzim bernama laktas yang digunaan untu menghadam laktosa.
Kekurangan ini akan menyebabkan ketidak toleransi laktosa, satu masalah yang
biasa, Alahan sus lembu disebabkan proteinallergen manakala ketidak toleransi
laktosa ialah peka karbohidrat.

Susu kambing mengandungi kurang laktosa jika dibanding dengan susu lembu dan
oleh itu ia lebih mudah di hadam bagi mereka yang tidak toleransi laktosa.mmYang
anehnya ialah laktosa susu kambing hanya 10% kurang dari laktosa susu lembu
tetapi ramai yang berjaya sihat dengan susu kambing. Walaupun jawapan kepada
persoalan ini kurang jelas, hipotesisnya ialah oleh sebab susu kambing mudh
hadam dan penyerapan yang tinggi, maka laktosa ‘lebihan’ yang tidak terhadam
yang menyebabkan sakit perut kesan ketidak toleransi laktosa

5. Susu kambing lebih serasi dengan tubuh manusia jika dibandingkan dengan susu
lembu
Dalam hal ini kedua-dua bikmia dan termodinamik perlu diambilkira. isu
biokimia, kita tahu susu kambing mempunyai lebih asid lemak seperti asi linoneik dan asid arachidonik dan juga lebih Vitamin B-6, vitamin A dan niacin jika dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing juga lebih sumber potasium yang memberikan ia bersifat alkali manakala susu lembu kurang potasium bersifat asid.

Secara termodinamik pula, susu kambing lebih sesuai diminum oleh manusia. Seorang bayi mula kehidupan dengan berat badan 3-4kg, anak kambing biasanya bermula kehidupan dengan berat 3-4kg, dan anak lembu pula mula dengan berat 45kg. Secara termodinamiknya kedua-dua binatang ini mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza untuk hidup dan membesar. Susu lembu untuk memberi anak lembu berat 45kg dan transformasi kepada lembu 550kg. Susu kambing dan juga susu ibu direka cipta untuk anak berat 3kg ke pada dewasa 55kg-80kg. Jelas kelhatan mengapa obesiti meningkat di negara yang mengamalkan minum susu lembu.
.
Akhir kata, kita dapat perhatikan susu kambing mempunyai beberapa ciri yang melihatkan ia lebih superior dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing kurang allergenik, homogenis semulajadi, mudah dihadam, tidak toleransi laktosa, dan lebih superior secara biokmia/termodinamik dibandingkan dengan susu lembu.

Minumlah susu kambing yang tidak mengandungi hormon tumbesaran atau antibiotik yang banyak diamalkan oleh dindustri tenusu lembu.

Produk ini boleh dibeli di penawaralami.com dengan harga potongan 30%.

Posted in makanan, penawaralami | Tagged | Leave a comment

Penawar Kanser dengan makanan harian

Allah SWT telah menyediakan manusia hidup dengan tumbuhan di keliling kehidupan manusia.  Ubat dadah kimia tidak sesuai dengan badan manusia maka kemoterapi dengan bahan kimaia adalah tidak sesuai untuk badan manusia.

Selain kunyit banyak lagi makanan yang boleh melawan kanser.  Yang penting ialah kurangkan makanan bersifat asid, kerana makanan asid adalah makanan untuk sel kanser membiak dengan sihat.  Oleh itu makanlah makanan bersifat alkali.  Sebagai contoh elakkan susu lembu (bersifat asid) , minumlah susu kambing (bersifat alkali).

Elakkan gandum, gula dan apa sahaja bersifat asid.

Makan sayuran dan buah-buahan yang bersifat alkali.

Banyak lagi.  Oh ya ,buku yang terpapar dalam video di atas ada dijual di kedai buku seperti MPH dan …..tak ingat nama kedai jepun yang besar di suria KLCC .

Biji Aprikot juga telah diguna oleh ramai orang untuk kesihatan

Posted in kanker, kanser, penawaralami | Leave a comment

Taugeh

Taugeh penuh nutrisi sebab taugeh mengandungi semua elemen yan gdiperlukan oleh pohon untuk hidup dan membesar. Endosperm biji adalah gudan karbohidrat, proetin, dan minyak. Apabila biji bercambah, bahan-bahan ini menjadi amino asid dan gula asli pra-hadam yang dimakan oleh embryo semasa membesar.

Apabila diguna sebagai makanan, kuasa hayat dikeluarkan dan tenaga dibekalkan untuk menjana sel sihat dalam badan dan memberi kita kehidupan bertenaga. Diguna sebagai hidangan tambahan dalam diet boleh melambatkan penuaan, Oleh sebab taugeh mempunyai hormon jantan dan betina dalam bentuk asimilasi terbaik.

Makanan terproses biasanya kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan dalam diet seimbang. Kajian telah menunjukkan taugeh mempunyai kandungan mineral dan vitamin tertinggi dalam mana-mana makanan.

Hendaklah diadakan taugeh sebagai hidangan penting dalam diet kita. Selain itu harganya sangat murah jika ditanam sendiri. Biji mudah disimpan dan apabila telah menjadi taugeh khasiatnya berlipat ganda.

Taugeh boleh dibuat dari biji seperti halba, sawi, brokoli, alfalfa, kacang hijau, kacang merah, kacang mata hitam, barli, saderi, bunga matahari dan banyak lagi.

Posted in makanan | Leave a comment